Lagu Awas Dadah Merbahaya

Sunday 26 July 2015

KAJIAN DAN TINDAKAN
“ISU MENONTON VCD LUCAH DIKALANGAN MURID  SEKOLAH RENDAH”


 DISEDIAKAN OLEH:
EN ABD AZIZ BIN NOR
PN MUDZAFFARAH BT MOHAMED DALI

JULAI 2015


 Abstrak :

            Pelajar merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Maka, adalah penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas daripada
penyalahgunaan dadah, rokok, seks bebas, filem lucah dan sebagainya. Kajian  ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan murid sekolah rendah, budaya merokok dan sebagainya.
           Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada murid-murid Sk Seri Jong Muar. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap bahaya menonton vcd lucah berada pada tahap sederhana. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, tabiat merokok, seks bebas dan sebagainya dikalangan pelajar seperti ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak, guru memantau tingkah laku pelajar dan pelbagai pihak menganjurkan program-program yang berkaitan bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah, merokok, menonton vcd lucah dan sebagainya.

           Pengenalan:

            Menonton vcd lucah merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan memalukan. Perbuatan ini perlu dibanteras dengan kadar segera bermula dari peringkat awal. Hal ini perlu ditangani secara bersama kerana mereka ini adalah golongan generasi yang akan memimpin Malaysia. Perbuatan ini sekiranya menular akan memalukan dan merosakkan nama baik ibu bapa, keluarga dan maruah mereka. Filem yang dihasilkan oleh penggiat filem Malaysia  selalunya ditapis terlebih dahulu oleh pihak yang bertanggungjawab demi menjamin kualiti dan keaslian filem yang dihasilkan. Ini bertujuan filem yang dihasilkan bermutu tinggi dan dapat mendatangkan impak yang positif kepada mereka yang menontonnya.         
        
            Pernyataan Masalah:

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak dalam menangani masalah menonton filem lucah dikalangan murid sekolah rendah. Golongan pelajar turut tidak terkecuali menjadi salah satu golongan penyumbang terhadap kadar peningkatan menonton vcd lucah ini. Keadaan ini terjadi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi mereka supaya menonton filem-filem seperti ini dikalangan murid sekolah rendah. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan dengan jelas, kajian ini bertujuan mengkaji faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap kesan buruk menonton vcd lucah di kalangan pelajar.




    Objektif Kajian:
           
 Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi tabiat menonton filem dan vcd lucah di kalangan murid sekolah rendah. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk :-

1.      Mengenal pasti adakah faktor sikap individu yang mempengaruhi tabiat menonton vcd lucah dikalangan pelajar.

2.      Mengenal pasti adakah faktor pengaruh rakan sebaya yang mempengaruhi tabiat menonton vcd lucah di kalangan pelajar.

3.      Mengenalpasti adakah faktor permasalahan keluarga yang mempengaruhi tabiat
menonton vcd lucah di kalangan pelajar.

4.       Mengenalpasti adakah faktor pengetahuan terhadap kesan buruk tabiat menonton  vcd lucah di kalangan pelajar.
     
      Kepentingan kajian:
         
Hasil dapatan dari kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak
seperti pelajar, guru, ibubapa dan masyarakat. Antara kepentingan kajian ialah:-

1.      Memberi kesedaran terhadap individu terutamanya golongan pelajar tentang pentingnya mereka menghindarkan diri mereka dari dibelenggu tabiat yang tidak bermoral ini.

2.      Memberi dorongan kepada murid untuk memilih rakan yang baik dalam usaha untuk
menghindari diri dari terus terjebak dalam tabiat yang memalukan ini.

3.      Membolehkan ibu bapa dan masyarakat sedar terhadap peranan dan tanggungjawab mereka dalam  mendidik anak-anak.

4.      Memberi kesedaran kepada guru untuk bersama membantu mencegah tabiat menonton vcd lucah ini di kalangan pelajar khususnya.

5.      Memberi kesedaran kepada keluarga, anggota masyarakat dan komuniti sekolah
tentang pentingnya usaha sama bagi mewujudkan langkah pencegahan untuk memerangi tabiat yang tidak bermoral ini yang wujud di kalangan pelajar.




     Rekabentuk Kajian
          
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan rekabentuk kajian berbentuk deskriptif.
Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan set
soal selidik. Deskriptif merujuk kepada kaedah statistik untuk menerangkan ciri-ciri satu
kumpulan sampel. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan pendapat sendiri untuk menjawab setiap item yang dikemukakan.

             Selain daripada untuk mendapatkan banyak maklumat dalam masa yang singkat, Proses ini juga dapat memastikan mutu data yang diperolehi terkawal serta data tersebut mudah diproses dengan bantuan komputer. Rekabentuk ini sesuai digunakan kerana ia dapat menerangkan fenomena yang sedang berlaku.

     Fokus Kajian:

           Kajian ini berfokus kepada meningkatkan tahap disiplin murid-murid dalam aktiviti harian mereka di sekolah. Ini dapat dilihat apabila murid dapat mengaplikasikan disiplin seterusnya dapat membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan pelajaran. Berdasarkan pemerhatian kami, antara faktor yang mempengaruhi murid-murid terhadap tingkah laku terlibat dalam tabiat menonton vcd lucah ini adalah:
i) pengaruh rakan sebaya
ii)pengaruh dari rumah
iii)sikap ingin mencuba


     Pelaksanaan Kajian:

1- Tinjauan Masalah
            Tinjauan Masalah dibuat berdasarkan pemerhatian kes-kes yang telah berlaku dan                    wawancara dengan guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling terhadap murid Tahun Satu hingga Tahun Enam yang terlibat dengan tabiat menonton vcd lucah di sekolah.

2-Pemerhatian Kes
            Pemerhatian kes telah dibuat pada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam setelah mendapat kes yang telah dilaporkan kepada guru disiplin tentang murid yang terlibat dengan gejala menonton vcd lucah. Kebanyakkan kes yang berlaku adalah dikalangan murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Ini adalah kerana sifat ingin tahu yang mendalam didalam diri murid-murid yang sedang meningkat remaja ini.  Setelah guru disiplin membuat soal selidik terhadap murid-murid, terdapat enam orang murid terlibat dengan tabiat menonton vcd lucah.

Kesalahan/Masalah
Pernah  menonton
VCD Lucah
Pernah membeli VCD Lucah
Tahun 1
-
-
Tahun 2
-
-
Tahun 3
-
-
Tahun 4
-
-
Tahun 5
6
3
Tahun 6
-
-



 GRAF ANALISA BILANGAN MURID YANG TERLIBAT DENGAN ISU MENONTON VCD LUCAH TAHUN 2015

Tindakan yang dijalankan:
            Sebelum murid mengikuti kaedah “NaBim Kaun”, kami telah membuat soal selidik terhadap murid-murid yang terlibat dengan tabiat suka menonton vcd lucah.


CONTOH SOALAN SOAL SELIDIK:
BORANG SOAL SELIDIK
ISU MENONTON VCD LUCAH DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH



BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK BERKAITAN TAJUK

ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada pilihan jawapan anda

                        1= Sangat Setuju       2= Setuju        3= Tidak Setuju
Bil

1
2
3
1
Saya mula menonton VCD lucah dari  usia saya 9 tahun



2
Saya pernah menonton VCD  lucah ini bersama bapa dan abang saya dirumah ketika ketiadaan ibu saya



3
Kawan saya yang mula-mula mengajak saya untuk menonton VCD lucah ini



4
Lama-kelamaan saya menonton VCD lucah  dengan kerelaan diri saya sendiri



5
Sifat ingin tahu yang mendalam menyebabkan saya sentiasa ingin menonton VCD lucah ini



6
Ibu bapa saya tidak mengetahui perbuatan buruk saya ini



7
Saya membelanjakan wang sekolah saya untuk membeli VCD lucah dikedai



Kaedah ini perlu dijalankan melalui beberapa proses antaranya ialah:
  • Proses yang pertama Na-(nasihat), guru disiplin memainkan peranan dalam proses yang pertama iaitu dengan memberikan nasihat kepada murid yang terlibat dengan masalah menonton vcd lucah.
  • Proses yang kedua Bim-(bimbingan), guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang kedua iaitu dengan memberikan bimbingan kepada murid yang terlibat.
  • Proses yang ketiga Kaun-(kaunseling), guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang ketiga iaitu dengan memberikan khidmat nasihat dan kaunseling kepada murid yang terlibat dengan tabiat menonton vcd lucah ini.
           Selepas murid tersebut melalui proses kaedah "NaBimKaun", murid tersebut menunjukkan perkembangan yang positif. Proses penyelesaian kajian tindakan ini telah mengambil masa selama tiga minggu. Murid diberi bimbingan kaedah "NaBimKaun" selama 30 minit setiap kali pertemuan dengan guru disiplin dan guru bimbingan kaunseling.

           Berdasarkan pemerhatian, kami percaya kaedah ini mampu membantu murid-murid membentuk  disiplin yang berfokuskan pengurangan tahap gejala menonton vcd lucah di sekolah.


HASIL DAPATAN DARIPADA KAJIAN YANG DIJALANKAN
TERHADAP ISU MENONOTON VCD LUCAH DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

1.      Seramai 6 orang murid lelaki yang pernah menonton Vcd lucah ini dirumah.

2.      Kebanyakan murid yang menonton Vcd lucah ini terdiri daripada keluarga yang mengalami masalah rumahtangga.

3.      Antara faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan berlakunya masalah ini ialah:
1)      Kurang didikan agama didalam diri murid-murid yang terlibat.
2)      Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa.
3)      Mengalami masalah rumahtangga iaitu ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang diri dan pelajaran mereka.
4)      Terpengaruh dengan ajakan dari rakan sebaya.
5)      Sifat ingin mencuba.
6)      Sifat ingin tahu yang meluap-luap didalam diri murid-murid.
7)      Tidak memikirkan kesan dan akibat buruk dari perbuatan mereka.

4.      Semua pihak ( guru, ibu bapa, masyarakat dan komuniti setempat ) perlu bekerjasama dalam membanteras dan menangani masalah yang berlaku ini bagi menjamin kesejahteraan anak murid kita.

5.      Murid-murid pada masa kini semakin mencabar dengan kecanggihan dunia siber yang tiada sempadan. Tanggungjawab kitalah yang mencorakkan mereka untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang berketrampilan dan mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memimpin Malaysia di masa akan datang.


Rumusan

            Tabiat menonton vcd lucah dikalangan murid sekolah rendah perlu ditangani dengan segera. Ini kerana tabiat dan perilaku yang tidak bermaruah ini boleh menyumbang kepada keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda pelapis negara. Justeru itu, semua ibu bapa, masyarakat dan pihak yang berwajib haruslah menggembeling tenaga  bersama dalam melahirkan generasi muda yang berwawasan dan berakhlak mulia dalam memajukan Negara Malaysia kearah kegemilangan dan kecemerlangan.

   Disediakan Oleh:                                                                            Disediakan oleh:

……….…………..                                                                        ……….…………….
(Abd Aziz Bin Nor)                                                                (Mudzaffarah Bt Mohamed Dali)





        Disahkan oleh:

     …………………
(Hjh Zaharah Bt Md Top)
 Guru Besar
 Sk Seri Jong Muar
23 Julai 2015








No comments:

Post a Comment