Lagu Awas Dadah Merbahaya

Tuesday 29 September 2015

Penilaian Panel Kebangsaan Pertandingan 
Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2015

Selasa, 29 September 2015

Ketibaan Pegawai Penilaian Panel Kebangsaan
Disambut oleh Guru Besar dan guru-guru







Menonton Persembahan Kompang dan Pancaragam
oleh murid-murid SK Seri Jong







Pegawai Penilai menaiki tangga sambil mendengar
 alunan Lagu Anak Terbuang oleh murid-murid





Di bilik jamuan sebelum membuat penilaian












PERSIAPAN TERAKHIR

Persiapan terakhir menjelang kehadiran panel penilai kebangsaan bagi pertandingan bilik sumber PPDa peringkat kebangsaan 2015 pada hari esok ( 29.9.2015 )
Semoga segala persiapan berjalan lancar dan peroleh kemenangan hendaknya....amin...
Doakan ye rakan2 sekalian..



Saturday 5 September 2015

KESAN HALO

Program luar sekolah.
Menyebarkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bilik sumber PPDa Sek Seri Jong Muar kepada masyarakat setempat.


Sunday 26 July 2015

KAJIAN DAN TINDAKAN
“ISU MENONTON VCD LUCAH DIKALANGAN MURID  SEKOLAH RENDAH”


 DISEDIAKAN OLEH:
EN ABD AZIZ BIN NOR
PN MUDZAFFARAH BT MOHAMED DALI

JULAI 2015


 Abstrak :

            Pelajar merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Maka, adalah penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas daripada
penyalahgunaan dadah, rokok, seks bebas, filem lucah dan sebagainya. Kajian  ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan murid sekolah rendah, budaya merokok dan sebagainya.
           Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada murid-murid Sk Seri Jong Muar. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap bahaya menonton vcd lucah berada pada tahap sederhana. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, tabiat merokok, seks bebas dan sebagainya dikalangan pelajar seperti ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak, guru memantau tingkah laku pelajar dan pelbagai pihak menganjurkan program-program yang berkaitan bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah, merokok, menonton vcd lucah dan sebagainya.

           Pengenalan:

            Menonton vcd lucah merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan memalukan. Perbuatan ini perlu dibanteras dengan kadar segera bermula dari peringkat awal. Hal ini perlu ditangani secara bersama kerana mereka ini adalah golongan generasi yang akan memimpin Malaysia. Perbuatan ini sekiranya menular akan memalukan dan merosakkan nama baik ibu bapa, keluarga dan maruah mereka. Filem yang dihasilkan oleh penggiat filem Malaysia  selalunya ditapis terlebih dahulu oleh pihak yang bertanggungjawab demi menjamin kualiti dan keaslian filem yang dihasilkan. Ini bertujuan filem yang dihasilkan bermutu tinggi dan dapat mendatangkan impak yang positif kepada mereka yang menontonnya.         
        
            Pernyataan Masalah:

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak dalam menangani masalah menonton filem lucah dikalangan murid sekolah rendah. Golongan pelajar turut tidak terkecuali menjadi salah satu golongan penyumbang terhadap kadar peningkatan menonton vcd lucah ini. Keadaan ini terjadi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi mereka supaya menonton filem-filem seperti ini dikalangan murid sekolah rendah. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan dengan jelas, kajian ini bertujuan mengkaji faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap kesan buruk menonton vcd lucah di kalangan pelajar.




    Objektif Kajian:
           
 Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi tabiat menonton filem dan vcd lucah di kalangan murid sekolah rendah. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk :-

1.      Mengenal pasti adakah faktor sikap individu yang mempengaruhi tabiat menonton vcd lucah dikalangan pelajar.

2.      Mengenal pasti adakah faktor pengaruh rakan sebaya yang mempengaruhi tabiat menonton vcd lucah di kalangan pelajar.

3.      Mengenalpasti adakah faktor permasalahan keluarga yang mempengaruhi tabiat
menonton vcd lucah di kalangan pelajar.

4.       Mengenalpasti adakah faktor pengetahuan terhadap kesan buruk tabiat menonton  vcd lucah di kalangan pelajar.
     
      Kepentingan kajian:
         
Hasil dapatan dari kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak
seperti pelajar, guru, ibubapa dan masyarakat. Antara kepentingan kajian ialah:-

1.      Memberi kesedaran terhadap individu terutamanya golongan pelajar tentang pentingnya mereka menghindarkan diri mereka dari dibelenggu tabiat yang tidak bermoral ini.

2.      Memberi dorongan kepada murid untuk memilih rakan yang baik dalam usaha untuk
menghindari diri dari terus terjebak dalam tabiat yang memalukan ini.

3.      Membolehkan ibu bapa dan masyarakat sedar terhadap peranan dan tanggungjawab mereka dalam  mendidik anak-anak.

4.      Memberi kesedaran kepada guru untuk bersama membantu mencegah tabiat menonton vcd lucah ini di kalangan pelajar khususnya.

5.      Memberi kesedaran kepada keluarga, anggota masyarakat dan komuniti sekolah
tentang pentingnya usaha sama bagi mewujudkan langkah pencegahan untuk memerangi tabiat yang tidak bermoral ini yang wujud di kalangan pelajar.




     Rekabentuk Kajian
          
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan rekabentuk kajian berbentuk deskriptif.
Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan set
soal selidik. Deskriptif merujuk kepada kaedah statistik untuk menerangkan ciri-ciri satu
kumpulan sampel. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan pendapat sendiri untuk menjawab setiap item yang dikemukakan.

             Selain daripada untuk mendapatkan banyak maklumat dalam masa yang singkat, Proses ini juga dapat memastikan mutu data yang diperolehi terkawal serta data tersebut mudah diproses dengan bantuan komputer. Rekabentuk ini sesuai digunakan kerana ia dapat menerangkan fenomena yang sedang berlaku.

     Fokus Kajian:

           Kajian ini berfokus kepada meningkatkan tahap disiplin murid-murid dalam aktiviti harian mereka di sekolah. Ini dapat dilihat apabila murid dapat mengaplikasikan disiplin seterusnya dapat membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan pelajaran. Berdasarkan pemerhatian kami, antara faktor yang mempengaruhi murid-murid terhadap tingkah laku terlibat dalam tabiat menonton vcd lucah ini adalah:
i) pengaruh rakan sebaya
ii)pengaruh dari rumah
iii)sikap ingin mencuba


     Pelaksanaan Kajian:

1- Tinjauan Masalah
            Tinjauan Masalah dibuat berdasarkan pemerhatian kes-kes yang telah berlaku dan                    wawancara dengan guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling terhadap murid Tahun Satu hingga Tahun Enam yang terlibat dengan tabiat menonton vcd lucah di sekolah.

2-Pemerhatian Kes
            Pemerhatian kes telah dibuat pada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam setelah mendapat kes yang telah dilaporkan kepada guru disiplin tentang murid yang terlibat dengan gejala menonton vcd lucah. Kebanyakkan kes yang berlaku adalah dikalangan murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Ini adalah kerana sifat ingin tahu yang mendalam didalam diri murid-murid yang sedang meningkat remaja ini.  Setelah guru disiplin membuat soal selidik terhadap murid-murid, terdapat enam orang murid terlibat dengan tabiat menonton vcd lucah.

Kesalahan/Masalah
Pernah  menonton
VCD Lucah
Pernah membeli VCD Lucah
Tahun 1
-
-
Tahun 2
-
-
Tahun 3
-
-
Tahun 4
-
-
Tahun 5
6
3
Tahun 6
-
-



 GRAF ANALISA BILANGAN MURID YANG TERLIBAT DENGAN ISU MENONTON VCD LUCAH TAHUN 2015

Tindakan yang dijalankan:
            Sebelum murid mengikuti kaedah “NaBim Kaun”, kami telah membuat soal selidik terhadap murid-murid yang terlibat dengan tabiat suka menonton vcd lucah.


CONTOH SOALAN SOAL SELIDIK:
BORANG SOAL SELIDIK
ISU MENONTON VCD LUCAH DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH



BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK BERKAITAN TAJUK

ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada pilihan jawapan anda

                        1= Sangat Setuju       2= Setuju        3= Tidak Setuju
Bil

1
2
3
1
Saya mula menonton VCD lucah dari  usia saya 9 tahun



2
Saya pernah menonton VCD  lucah ini bersama bapa dan abang saya dirumah ketika ketiadaan ibu saya



3
Kawan saya yang mula-mula mengajak saya untuk menonton VCD lucah ini



4
Lama-kelamaan saya menonton VCD lucah  dengan kerelaan diri saya sendiri



5
Sifat ingin tahu yang mendalam menyebabkan saya sentiasa ingin menonton VCD lucah ini



6
Ibu bapa saya tidak mengetahui perbuatan buruk saya ini



7
Saya membelanjakan wang sekolah saya untuk membeli VCD lucah dikedai



Kaedah ini perlu dijalankan melalui beberapa proses antaranya ialah:
  • Proses yang pertama Na-(nasihat), guru disiplin memainkan peranan dalam proses yang pertama iaitu dengan memberikan nasihat kepada murid yang terlibat dengan masalah menonton vcd lucah.
  • Proses yang kedua Bim-(bimbingan), guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang kedua iaitu dengan memberikan bimbingan kepada murid yang terlibat.
  • Proses yang ketiga Kaun-(kaunseling), guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang ketiga iaitu dengan memberikan khidmat nasihat dan kaunseling kepada murid yang terlibat dengan tabiat menonton vcd lucah ini.
           Selepas murid tersebut melalui proses kaedah "NaBimKaun", murid tersebut menunjukkan perkembangan yang positif. Proses penyelesaian kajian tindakan ini telah mengambil masa selama tiga minggu. Murid diberi bimbingan kaedah "NaBimKaun" selama 30 minit setiap kali pertemuan dengan guru disiplin dan guru bimbingan kaunseling.

           Berdasarkan pemerhatian, kami percaya kaedah ini mampu membantu murid-murid membentuk  disiplin yang berfokuskan pengurangan tahap gejala menonton vcd lucah di sekolah.


HASIL DAPATAN DARIPADA KAJIAN YANG DIJALANKAN
TERHADAP ISU MENONOTON VCD LUCAH DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

1.      Seramai 6 orang murid lelaki yang pernah menonton Vcd lucah ini dirumah.

2.      Kebanyakan murid yang menonton Vcd lucah ini terdiri daripada keluarga yang mengalami masalah rumahtangga.

3.      Antara faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan berlakunya masalah ini ialah:
1)      Kurang didikan agama didalam diri murid-murid yang terlibat.
2)      Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa.
3)      Mengalami masalah rumahtangga iaitu ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang diri dan pelajaran mereka.
4)      Terpengaruh dengan ajakan dari rakan sebaya.
5)      Sifat ingin mencuba.
6)      Sifat ingin tahu yang meluap-luap didalam diri murid-murid.
7)      Tidak memikirkan kesan dan akibat buruk dari perbuatan mereka.

4.      Semua pihak ( guru, ibu bapa, masyarakat dan komuniti setempat ) perlu bekerjasama dalam membanteras dan menangani masalah yang berlaku ini bagi menjamin kesejahteraan anak murid kita.

5.      Murid-murid pada masa kini semakin mencabar dengan kecanggihan dunia siber yang tiada sempadan. Tanggungjawab kitalah yang mencorakkan mereka untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang berketrampilan dan mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memimpin Malaysia di masa akan datang.


Rumusan

            Tabiat menonton vcd lucah dikalangan murid sekolah rendah perlu ditangani dengan segera. Ini kerana tabiat dan perilaku yang tidak bermaruah ini boleh menyumbang kepada keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda pelapis negara. Justeru itu, semua ibu bapa, masyarakat dan pihak yang berwajib haruslah menggembeling tenaga  bersama dalam melahirkan generasi muda yang berwawasan dan berakhlak mulia dalam memajukan Negara Malaysia kearah kegemilangan dan kecemerlangan.

   Disediakan Oleh:                                                                            Disediakan oleh:

……….…………..                                                                        ……….…………….
(Abd Aziz Bin Nor)                                                                (Mudzaffarah Bt Mohamed Dali)





        Disahkan oleh:

     …………………
(Hjh Zaharah Bt Md Top)
 Guru Besar
 Sk Seri Jong Muar
23 Julai 2015








Saturday 25 July 2015

 KAJIAN DAN TINDAKAN
“GEJALA MEROKOK DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN CARA MENGATASINYA”

DISEDIAKAN OLEH:
EN ABD AZIZ BIN NOR
PN MUDZAFFARAH BT MOHAMED DALI
JULAI  2015

Abstrak :

            Pelajar merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Maka, adalah penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas daripada
penyalahgunaan dadah, rokok, seks bebas, filem lucah dan sebagainya.Kajian  ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan murid sekolah rendah, budaya merokok dan sebagainya.
        Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada murid-murid Sk Seri Jong Muar. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap dadah berada pada tahap sederhana. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, tabiat merokok, seks bebas dan sebagainya dikalangan pelajar seperti ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak, guru memantau tingkah laku pelajar dan pelbagai pihak menganjurkan program-program yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, merokok dan sebagainya.

        Pengenalan:

        Tabiat merokok bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia. Ianya telah lama berada dalam budaya Melayu. Pada zaman dahulu orang Melayu merokok dengan menggunakan daun yang diselitkan didalamnya tembakau. Mereka menghisap rokok setelah penat melakukan  kerja-kerja berat seharian.
         Manusia didunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah suku bangsa Indian di Amerika untuk keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan Benua Amerika sebahagian dari para penjelajah Eropah itu ikut mencuba-cuba menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kabiasaan merokok mulai dikalangan bangsawan Eropah. Tapi berbeza dengan bangsa India yang merokok
Untuk keperluan ritual, di Eropah orang merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Abad 17 para pedagang Sepanyol masuk ke Turki dan saat itu kebiasaan merokok mulai masuk Negara-negara Islam.
         Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang 70 hingga 120 mm dengan diameter sekitar 10mm yang berisi daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup lewat mulut pada ujung lainnya.
Sejak beberapa tahun terakhir, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan yang dapat ditimbulkan dari merokok. Misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
        





            Pernyataan Masalah:

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan dalam
menangani masalah merokok dikalangan murid sekolah rendah. Walaubagaimanapun, kadar  gejala merokok tidak berkurang malah makin meningkat dari semasa ke semasa. Golongan pelajar turut tidak terkecuali menjadi salah satu golongan penyumbang terhadap kadar
peningkatan merokok. Keadaan ini terjadi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi gejala merokok dikalangan murid sekolah rendah. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan dengan jelas, kajian ini bertujuan mengkaji faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap bahaya rokok di kalangan pelajar.

    Objektif Kajian:
           
 Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kepada gejala merokok di kalangan murid sekolah rendah. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk :-

1.      Mengenal pasti adakah faktor sikap individu yang mempengaruhi gejala merokok di
kalangan pelajar.
2.      Mengenal pasti adakah faktor pengaruh rakan sebaya yang mempengaruhi gejala
merokok di kalangan pelajar.
3.      Mengenalpasti adakah faktor permasalahan keluarga yang mempengaruhi gejala
 merokok di kalangan pelajar.
4.       Mengenalpasti adakah faktor pengetahuan terhadap bahaya rokok yang mempengaruhi gejala merokok di kalangan pelajar.
     
      Kepentingan kajian:
         
Hasil dapatan dari kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak
seperti pelajar, guru, ibubapa dan masyarakat. Antara kepentingan kajian ialah:-


1.      Memberi kesedaran terhadap individu terutamanya golongan pelajar terhadap
bahaya rokok. Ini penting agar pelajar dapat menghindarkan diri mereka dari
dibelenggu masalah merokok seterusnya mampu mencapai matlamat ke arah Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015.



2.      Memberi dorongan kepada murid untuk memilih rakan yang baik dalam usaha untuk
 menghindari diri dari terus terjebak dalam masalah merokok dan seterusnya menjadi perokok  berulang atau tegar.

3.      Membolehkan ibu bapa sedar terhadap peranan dan tanggungjawab mereka dalam
       mendidik anak-anak mereka di rumah.

4.      Memberi kesedaran kepada guru untuk bersama-sama  membantu mencegah gejala merokok di kalangan pelajar khususnya.

5.      Memberi kesedaran kepada keluarga, anggota masyarakat dan komuniti sekolah
tentang usaha sama bagi mewujudkan langkah pencegahan untuk memerangi gejala merokok yang wujud di kalangan pelajar.




     Rekabentuk Kajian
          
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan rekabentuk kajian berbentuk deskriptif.
Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan set
soal selidik. Deskriptif merujuk kepada kaedah statistik untuk menerangkan ciri-ciri satu
kumpulan sampel. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan pendapat sendiri untuk menjawab setiap item yang dikemukakan.
             Selain daripada untuk mendapatkan banyak maklumat dalam masa yang singkat, Proses ini juga dapat memastikan mutu data yang diperolehi terkawal serta data tersebut mudah diproses dengan bantuan komputer. Rekabentuk ini sesuai digunakan kerana ia dapat menerangkan fenomena yang sedang berlaku.

     Fokus Kajian:
              
            Kajian ini berfokus kepada meningkatkan tahap disiplin murid-murid dalam aktiviti harian mereka di sekolah. Ini dapat dilihat apabila murid dapat mengaplikasikan disiplin seterusnya dapat membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan pelajaran. Berdasarkan pemerhatian kami, antara faktor yang mempengaruhi murid-murid terhadap tingkah laku terlibat dalam gejalan merokok adalah:
i) pengaruh rakan sebaya
ii)pengaruh dari rumah
iii)sikap ingin mencuba



     Perlaksanaan Kajian:

1- Tinjauan Masalah
            Tinjauan Masalah dibuat berdasarkan pemerhatian kes-kes yang telah berlaku dan                    wawancara dengan guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling terhadap murid Tahun Satu hingga Tahun Enam yang terlibat dengan gejala merokok di sekolah.

2-Pemerhatian Kes
            Pemerhatian kes telah dibuat pada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam setelah mendapat kes yang telah dilaporkan kepada guru disiplin tentang murid yang terlibat dengan gejala merokok. Setelah guru disiplin membuat soal selidik terhadap murid-murid, terdapat empat belas orang murid terlibat dengan gejala merokok.

Kesalahan/Masalah
Menyimpan Rokok
Menghisap Rokok
Tahun 1
-
-
Tahun 2
-
-
Tahun 3
-
3
Tahun 4
1
2
Tahun 5
5
6
Tahun 6
2
3






GRAF ANALISA BILANGAN MURID YANG TERLIBAT 
DENGAN GEJALA MEROKOK TAHUN 2015





Tindakan yang dijalankan:

        Sebelum murid mengikuti kaedah "NaBimKaun" , kami telah membuat soal selidik terhadap  murid-murid yang terlibat dengan gejala merokok.







BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK BERKAITAN TAJUK

ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada pilihan jawapan anda

                        1= Sangat Setuju       2= Setuju        3= Tidak Setuju
Bil

1
2
3
1
Saya mula merokok pada usia 9 tahun



2
Bapa dan abang saya merokok dihadapan saya



3
Kawan saya yang mula-mula mengajak saya untuk merokok



4
Saya merokok dengan kerelaan diri saya sendiri



5
Saya merokok 5 batang sehari



6
Ibu bapa saya tidak mengetahui saya merokok



7
Saya membelanjakan wang sekolah saya untuk membeli rokok



8
Saya berasa tenang apabila merokok



9
Saya tidak berasa malu apabila merokok dihadapan rakan saya



10
Ibu bapa saya tidak marah apabila mengetahui saya merokok




Kaedah ini perlu dijalankan melalui beberapa proses antaranya ialah:
  • Proses yang pertama Na-(nasihat), guru disiplin memainkan peranan dalam proses yang pertama iaitu dengan memberikan nasihat kepada murid yang terlibat dengan gejala merokok.
  • Proses yang keduan Bim-(bimbingan), guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang kedua iaitu dengan memberikan bimbingan kepada murid yang terlibat dengan gejala merokok.
  • Proses yang ketiga Kaun-(kaunseling), guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang ketiga iaitu dengan memberikan kaunseling kepada murid yang terlibat dengan gejala merokok.
Selepas murid tersebut melalui proses kaedah "NaBimKaun", murid tersebut menunjukkan perkembangan yang positif. Proses penyelesaian kajian tindakan ini, kami telah mengambil masa selama ttiga minggu untuk menyelesaikan. Murid diberi bimbingan kaedah "NaBimKaun" selama 30 minit setiap kali pertemuan dengan guru disiplin dan guru bimbingan kaunseling. Berdasarkan pemerhatian, kami percaya kaedah ini mampu membantu murid-murid membentuk disiplin yang berfokuskan kepada pengurangan tahap gejala merokok di sekolah.

HASIL DAPATAN DARIPADA KAJIAN YANG DIJALANKAN TERHADAP GEJALA MEROKOK DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

1.      Seramai 14 orang murid lelaki yang pernah merokok.

2.      Kebanyakan murid yang merokok adalah murid tahap 2 yang sedang meningkat remaja.

3.      Antara faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan berlakunya masalah ini ialah:
1)      Kurang didikan agama didalam diri murid-murid yang terlibat.
2)      Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa.
3)      Mengalami masalah rumahtangga iaitu ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang diri dan pelajaran mereka.
4)      Terpengaruh dengan ajakan dari rakan sebaya.
5)      Sifat ingin mencuba.
6)      Sifat ingin tahu yang meluap-luap didalam diri murid-murid.
7)      Tidak memikirkan kesan dan akibat buruk dari perbuatan mereka.
8)      Sikap sebahagian bapa yang merokok dihadapan anak-anak mereka.

9)      Semua pihak ( guru, ibu bapa, masyarakat dan komuniti setempat ) perlu bekerjasama dalam membanteras dan menangani masalah yang berlaku ini bagi menjamin kesejahteraan anak murid kita.

5) Murid-murid pada masa kini semakin mencabar dengan kecanggihan dunia siber yang tiada
sempadan. Tanggungjawab kitalah yang mencorakkan mereka untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang berketrampilan dan mepunyai keyakinan yang tinggi bagi memimpin Malaysia dimasa akan datang.


Rumusan
       Gejala merokok dikalangan murid sekolah rendah merupakan satu isu yang perlu ditangani dengan segera. Murid sekolah rendah merupakan  generasi yang akan memimpin dan menentukan halatuju Malaysia. Merekalah yang akan menentukan turun naiknya Malaysia diperingkat yang lebih tinggi. Sekiranya semua pihak tidak menitikberatkan perkara ini, dibimbangi ianya akan mencalarkan imej dan nama baik Malaysia pada masa akan datang. Marilah kita bersama-sama membanteras gejala merokok ini bermula dari peringkat bawahan lagi demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian nama Malaysia dimata dunia.





Disediakan Oleh:                                                                              Disediakan oleh:

………………..                                                                                 ……………….
(Abd Aziz Bin Nor)                                                                (Mudzaffarah Bt Mohamed Dali)


  
     Disahkan oleh:

………………
(Hjh Zaharah Bt Md Top)
 Guru Besar
 Sk Seri Jong Muar
 23 Julai 2015