Lagu Awas Dadah Merbahaya

Monday 13 October 2014














Segala maklumat dan pengurusan pentadbiran bermula di sini. Terdapat maklumat RAHSIA iaitu rokok, alkohol, dadah, seks bebas, inhalan dan aids. Pengurusan fail dan juga jadual bertugas pengawas serta takwim PPDa terdapat di sini.
Zon ini memaparkan kesan dan akibat daripada penyalahgunaan dadah, merokok dan minum arak. Terdapat juga statistik penagih dadah dan juga isu semasa yang digambarkan melalui keratan akhbar.

Zon ini memberi pengetahuan dan penilaian terhadap diri sendiri untuk membuat pilhan baik buruk kehidupan. Setiap individu kena membuat pilihan yang terbaik bagi menjamin kehidupan di masa akan datang. Samada hendak berjaya atau mensia-siakan hidup mereka.

Setiap individu perlu sedar tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri. Jangan leka dan lalai serta terpengaruh dengan dadah dan perbuatan maksiat. Jika sekiranya mereka terjebak ke kancah maksiat, mereka akan menerima pembalasan daripada Allah s.w.t. 



Saturday 11 October 2014

Apa itu dadah? 

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang merosakkan kesihatan dan boleh membawa maut kepada sesiapa yang menggunakannya secara tidak betul.

Apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara di suntik, dihidu, dihisap, atau dimakan ia boleh mengubah fungsi tubuh badan dari segi fizikal atau mental.

Apa penyalahgunaan dadah?

Penggunaan dadah atau bahan kimia yang  terlarang melibatkan perlakuan yang berulang dan berlebihan. Mendatangkan ketagihan yang bertujuan lari dari  kenyataan.

Apakah penagihan dadah?

1. Terlalu bergantung kepada dadah
2. Penagihan akan bermula apabila  seseorang itu mencuba dan mengalami ketagihan.
3. Akan menyebabkan seseorang itu hilang kawalan diri dan emosi.

Kesan Penagihan Dadah.

1. Peningkatan kadar degupan jantung, suhu badan dan peningkatan tekanan darah. 

2. Kancing gigi, mulut kering, muntah, hilang selera makan, kekejangan otot, berpeluh, rasa panas dan sejuk, dahaga, masalah kencing, pening, risau, takut, cemas dan sukar untuk tidur.

3. Kaum lelaki boleh mengalami masalah mati pucuk.

4. Rasa terancam dan tidak yakin terutamanya apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.

Bilik PPDa SK Seri Jong

Bilik PPDa SK Seri Jong telah diwujudkan pada tahun 2012 dibawah usaha guru SK Seri Jong iaitu Encik Yacob Bin Jamian. Beliau beranggapan bilik PPDa ini jika diwujudkan akan dapat membantu memberi maklumat dengan lebih jelas berkaitan penyalahguaan dadah yang boleh merosakkan generasi dan negara. Pada tahun ini satu usaha gigih telah dibuat bagi memurnikan lagi bilik tersebut di mana ia telah di pilih untuk dipertandingkan di peringkat negeri. Dengan kudrat yang ada dan tiada sumber kewangan bilik tersebut dapat juga disiapkan.

Sudut Penjara PPDa



Sudut-sudut di Bilik PPDa SK Seri Jong