KAJIAN DAN TINDAKAN
“ISU MENONTON VCD LUCAH
DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH”
DISEDIAKAN OLEH:
EN ABD AZIZ BIN NOR
PN MUDZAFFARAH BT
MOHAMED DALI
JULAI 2015
Abstrak :
Pelajar merupakan
generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Maka, adalah
penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas daripada
penyalahgunaan dadah, rokok, seks bebas,
filem lucah dan sebagainya. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah
di kalangan murid sekolah rendah, budaya merokok dan sebagainya.
Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah
diedarkan kepada murid-murid Sk Seri Jong Muar. Dapatan kajian menunjukkan
faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan
pengetahuan terhadap bahaya menonton vcd lucah berada pada tahap sederhana.
Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi masalah
penyalahgunaan dadah, tabiat merokok, seks bebas dan sebagainya dikalangan
pelajar seperti ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak, guru memantau
tingkah laku pelajar dan pelbagai pihak menganjurkan program-program yang
berkaitan bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah, merokok, menonton vcd
lucah dan sebagainya.
Pengenalan:
Menonton
vcd lucah merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan memalukan. Perbuatan
ini perlu dibanteras dengan kadar segera bermula dari peringkat awal. Hal ini
perlu ditangani secara bersama kerana mereka ini adalah golongan generasi yang
akan memimpin Malaysia. Perbuatan ini sekiranya menular akan memalukan dan
merosakkan nama baik ibu bapa, keluarga dan maruah mereka. Filem yang
dihasilkan oleh penggiat filem Malaysia
selalunya ditapis terlebih dahulu oleh pihak yang bertanggungjawab demi
menjamin kualiti dan keaslian filem yang dihasilkan. Ini bertujuan filem yang
dihasilkan bermutu tinggi dan dapat mendatangkan impak yang positif kepada
mereka yang menontonnya.
Pernyataan Masalah:
Pelbagai usaha telah
dijalankan oleh pelbagai pihak dalam menangani masalah menonton filem lucah
dikalangan murid sekolah rendah. Golongan pelajar turut tidak terkecuali
menjadi salah satu golongan penyumbang terhadap kadar peningkatan menonton vcd
lucah ini. Keadaan ini terjadi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh
mempengaruhi mereka supaya menonton filem-filem seperti ini dikalangan murid
sekolah rendah. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan
dengan jelas, kajian ini bertujuan mengkaji faktor sikap individu, pengaruh
rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap kesan buruk
menonton vcd lucah di kalangan pelajar.
Objektif Kajian:
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan
untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi tabiat menonton filem dan
vcd lucah di kalangan murid sekolah rendah. Objektif kajian yang dijalankan
adalah untuk :-
1.
Mengenal
pasti adakah faktor sikap individu yang mempengaruhi tabiat menonton vcd lucah
dikalangan pelajar.
2.
Mengenal
pasti adakah faktor pengaruh rakan sebaya yang mempengaruhi tabiat menonton vcd
lucah di kalangan pelajar.
3.
Mengenalpasti
adakah faktor permasalahan keluarga yang mempengaruhi tabiat
menonton
vcd lucah di kalangan pelajar.
4.
Mengenalpasti adakah faktor pengetahuan
terhadap kesan buruk tabiat menonton vcd
lucah di kalangan pelajar.
Kepentingan kajian:
Hasil dapatan dari
kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak
seperti pelajar, guru, ibubapa dan masyarakat.
Antara kepentingan kajian ialah:-
1.
Memberi
kesedaran terhadap individu terutamanya golongan pelajar tentang pentingnya
mereka menghindarkan diri mereka dari dibelenggu tabiat yang tidak bermoral
ini.
2.
Memberi
dorongan kepada murid untuk memilih rakan yang baik dalam usaha untuk
menghindari diri dari
terus terjebak dalam tabiat yang memalukan ini.
3.
Membolehkan
ibu bapa dan masyarakat sedar terhadap peranan dan tanggungjawab mereka
dalam mendidik anak-anak.
4.
Memberi
kesedaran kepada guru untuk bersama membantu mencegah tabiat menonton vcd lucah
ini di kalangan pelajar khususnya.
5.
Memberi
kesedaran kepada keluarga, anggota masyarakat dan komuniti sekolah
tentang
pentingnya usaha sama bagi mewujudkan langkah pencegahan untuk memerangi tabiat
yang tidak bermoral ini yang wujud di kalangan pelajar.
Rekabentuk Kajian
Dalam kajian ini,
penyelidik menggunakan rekabentuk kajian berbentuk deskriptif.
Kajian berbentuk deskriptif ini
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan set
soal selidik. Deskriptif merujuk kepada
kaedah statistik untuk menerangkan ciri-ciri satu
kumpulan sampel. Soal selidik lebih
praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah
kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan
pendapat sendiri untuk menjawab setiap item yang dikemukakan.
Selain daripada untuk
mendapatkan banyak maklumat dalam masa yang singkat, Proses ini juga dapat
memastikan mutu data yang diperolehi terkawal serta data tersebut mudah
diproses dengan bantuan komputer. Rekabentuk ini sesuai digunakan kerana ia dapat
menerangkan fenomena yang sedang berlaku.
Fokus Kajian:
Kajian ini berfokus kepada meningkatkan tahap disiplin murid-murid dalam aktiviti harian mereka di sekolah. Ini dapat dilihat apabila murid dapat mengaplikasikan disiplin seterusnya dapat membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan pelajaran. Berdasarkan pemerhatian kami, antara faktor yang mempengaruhi murid-murid terhadap tingkah laku terlibat dalam tabiat menonton vcd lucah ini adalah:
i) pengaruh rakan sebaya
ii)pengaruh dari rumah
iii)sikap ingin mencuba
Pelaksanaan
Kajian:
1- Tinjauan Masalah
1- Tinjauan Masalah
Tinjauan Masalah dibuat berdasarkan
pemerhatian kes-kes yang telah berlaku dan wawancara dengan guru
disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling terhadap murid Tahun Satu hingga
Tahun Enam yang terlibat dengan tabiat menonton vcd lucah di sekolah.
2-Pemerhatian Kes
2-Pemerhatian Kes
Pemerhatian kes telah dibuat pada
murid Tahun Satu hingga Tahun Enam setelah mendapat kes yang telah dilaporkan
kepada guru disiplin tentang murid yang terlibat dengan gejala menonton vcd
lucah. Kebanyakkan kes yang berlaku adalah dikalangan murid tahap 2 iaitu tahun
4, 5 dan 6. Ini adalah kerana sifat ingin tahu yang mendalam didalam diri
murid-murid yang sedang meningkat remaja ini.
Setelah guru disiplin membuat soal selidik terhadap murid-murid, terdapat
enam orang murid terlibat dengan tabiat menonton vcd lucah.
Kesalahan/Masalah
|
Pernah menonton
VCD Lucah
|
Pernah membeli VCD Lucah
|
Tahun 1
|
-
|
-
|
Tahun 2
|
-
|
-
|
Tahun 3
|
-
|
-
|
Tahun 4
|
-
|
-
|
Tahun 5
|
6
|
3
|
Tahun 6
|
-
|
-
|
GRAF ANALISA BILANGAN
MURID YANG TERLIBAT DENGAN ISU MENONTON VCD LUCAH TAHUN 2015
Tindakan
yang dijalankan:
Sebelum murid mengikuti
kaedah “NaBim Kaun”, kami telah membuat soal selidik terhadap murid-murid yang
terlibat dengan tabiat suka menonton vcd lucah.
CONTOH
SOALAN SOAL SELIDIK:
BORANG SOAL SELIDIK
ISU MENONTON VCD LUCAH DIKALANGAN MURID
SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN
B: SOAL SELIDIK BERKAITAN TAJUK
ARAHAN
: Sila tandakan ( / ) pada pilihan jawapan anda
1= Sangat Setuju 2= Setuju 3=
Tidak Setuju
Bil
|
|
1
|
2
|
3
|
1
|
Saya mula menonton VCD lucah dari usia saya 9 tahun
|
|
|
|
2
|
Saya pernah menonton VCD
lucah ini bersama bapa dan abang saya dirumah ketika ketiadaan ibu
saya
|
|
|
|
3
|
Kawan saya yang mula-mula mengajak saya untuk menonton VCD
lucah ini
|
|
|
|
4
|
Lama-kelamaan saya menonton VCD lucah dengan kerelaan diri saya sendiri
|
|
|
|
5
|
Sifat ingin tahu yang mendalam menyebabkan saya sentiasa ingin
menonton VCD lucah ini
|
|
|
|
6
|
Ibu bapa saya tidak mengetahui perbuatan buruk saya ini
|
|
|
|
7
|
Saya membelanjakan wang sekolah saya untuk membeli VCD lucah
dikedai
|
|
|
|
Kaedah ini
perlu dijalankan melalui beberapa proses antaranya ialah:
- Proses yang pertama
Na-(nasihat), guru disiplin memainkan peranan dalam proses yang
pertama iaitu dengan memberikan nasihat kepada murid yang terlibat dengan masalah
menonton vcd lucah.
- Proses yang kedua Bim-(bimbingan),
guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang kedua
iaitu dengan memberikan bimbingan kepada murid yang terlibat.
- Proses yang ketiga Kaun-(kaunseling),
guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang ketiga
iaitu dengan memberikan khidmat nasihat dan kaunseling kepada murid yang
terlibat dengan tabiat menonton vcd lucah ini.
Selepas murid tersebut melalui
proses kaedah "NaBimKaun", murid tersebut menunjukkan
perkembangan yang positif. Proses penyelesaian kajian tindakan ini telah
mengambil masa selama tiga minggu. Murid diberi bimbingan kaedah "NaBimKaun"
selama 30 minit setiap kali pertemuan dengan guru disiplin dan guru
bimbingan kaunseling.
Berdasarkan pemerhatian, kami
percaya kaedah ini mampu membantu murid-murid membentuk disiplin yang berfokuskan pengurangan tahap gejala
menonton vcd lucah di sekolah.
HASIL DAPATAN DARIPADA
KAJIAN YANG DIJALANKAN
TERHADAP ISU MENONOTON
VCD LUCAH DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
1.
Seramai 6 orang murid lelaki yang pernah
menonton Vcd lucah ini dirumah.
2.
Kebanyakan murid yang menonton Vcd lucah ini
terdiri daripada keluarga yang mengalami masalah rumahtangga.
3.
Antara faktor yang telah dikenal pasti
menyebabkan berlakunya masalah ini ialah:
1)
Kurang didikan agama didalam diri murid-murid
yang terlibat.
2)
Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa.
3)
Mengalami masalah rumahtangga iaitu ibu bapa
yang tidak mengambil berat tentang diri dan pelajaran mereka.
4)
Terpengaruh dengan ajakan dari rakan sebaya.
5)
Sifat ingin mencuba.
6)
Sifat ingin tahu yang meluap-luap didalam diri
murid-murid.
7)
Tidak memikirkan kesan dan akibat buruk dari
perbuatan mereka.
4.
Semua pihak ( guru, ibu bapa, masyarakat dan
komuniti setempat ) perlu bekerjasama dalam membanteras dan menangani masalah
yang berlaku ini bagi menjamin kesejahteraan anak murid kita.
5.
Murid-murid pada masa kini semakin mencabar
dengan kecanggihan dunia siber yang tiada sempadan. Tanggungjawab kitalah yang
mencorakkan mereka untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang
berketrampilan dan mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memimpin Malaysia di
masa akan datang.
Rumusan
Tabiat menonton vcd lucah
dikalangan murid sekolah rendah perlu ditangani dengan segera. Ini kerana
tabiat dan perilaku yang tidak bermaruah ini boleh menyumbang kepada keruntuhan
akhlak di kalangan generasi muda pelapis negara. Justeru itu, semua ibu bapa,
masyarakat dan pihak yang berwajib haruslah menggembeling tenaga bersama dalam melahirkan generasi muda yang
berwawasan dan berakhlak mulia dalam memajukan Negara Malaysia kearah
kegemilangan dan kecemerlangan.
Disediakan Oleh: Disediakan oleh:
……….………….. ……….…………….
(Abd
Aziz Bin Nor) (Mudzaffarah
Bt Mohamed Dali)
Disahkan oleh:
…………………
(Hjh
Zaharah Bt Md Top)
Guru Besar
Sk Seri Jong Muar
23
Julai 2015
No comments:
Post a Comment