KAJIAN DAN TINDAKAN
“GEJALA MEROKOK
DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN CARA MENGATASINYA”
DISEDIAKAN OLEH:
EN ABD AZIZ BIN NOR
PN MUDZAFFARAH BT
MOHAMED DALI
JULAI 2015
Abstrak :
Pelajar merupakan
generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Maka, adalah
penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas daripada
penyalahgunaan dadah, rokok, seks bebas,
filem lucah dan sebagainya.Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah
di kalangan murid sekolah rendah, budaya merokok dan sebagainya.
Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah
diedarkan kepada murid-murid Sk Seri Jong Muar. Dapatan kajian menunjukkan
faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan
pengetahuan terhadap dadah berada pada tahap sederhana. Melalui kajian ini,
beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah,
tabiat merokok, seks bebas dan sebagainya dikalangan pelajar seperti ibu bapa
memberi perhatian kepada anak-anak, guru memantau tingkah laku pelajar dan
pelbagai pihak menganjurkan program-program yang berkaitan dengan penyalahgunaan
dadah, merokok dan sebagainya.
Pengenalan:
Tabiat merokok bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia.
Ianya telah lama berada dalam budaya Melayu. Pada zaman dahulu orang Melayu
merokok dengan menggunakan daun yang diselitkan didalamnya tembakau. Mereka
menghisap rokok setelah penat melakukan
kerja-kerja berat seharian.
Manusia didunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah suku bangsa
Indian di Amerika untuk keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh. Pada
abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan Benua Amerika sebahagian dari para
penjelajah Eropah itu ikut mencuba-cuba menghisap rokok dan kemudian membawa
tembakau ke Eropah. Kemudian kabiasaan merokok mulai dikalangan bangsawan
Eropah. Tapi berbeza dengan bangsa India yang merokok
Untuk keperluan ritual, di Eropah orang
merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Abad 17 para pedagang Sepanyol
masuk ke Turki dan saat itu kebiasaan merokok mulai masuk Negara-negara Islam.
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang 70 hingga 120 mm
dengan diameter sekitar 10mm yang berisi daun tembakau yang telah dicacah.
Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya
dapat dihirup lewat mulut pada ujung lainnya.
Sejak beberapa tahun terakhir,
bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai pesanan kesihatan yang
memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan yang dapat ditimbulkan dari
merokok. Misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Pernyataan Masalah:
Pelbagai usaha telah
dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan dalam
menangani masalah merokok dikalangan
murid sekolah rendah. Walaubagaimanapun, kadar
gejala merokok tidak berkurang malah makin meningkat dari semasa ke semasa.
Golongan pelajar turut tidak terkecuali menjadi salah satu golongan penyumbang
terhadap kadar
peningkatan merokok. Keadaan ini terjadi
kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi gejala merokok
dikalangan murid sekolah rendah. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang
telah dinyatakan dengan jelas, kajian ini bertujuan mengkaji faktor sikap
individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap
bahaya rokok di kalangan pelajar.
Objektif Kajian:
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan
untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kepada gejala merokok di
kalangan murid sekolah rendah. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk :-
1. Mengenal pasti adakah
faktor sikap individu yang mempengaruhi gejala merokok di
kalangan pelajar.
2. Mengenal pasti adakah
faktor pengaruh rakan sebaya yang mempengaruhi gejala
merokok di kalangan
pelajar.
3. Mengenalpasti adakah
faktor permasalahan keluarga yang mempengaruhi gejala
merokok di kalangan pelajar.
4. Mengenalpasti adakah faktor pengetahuan
terhadap bahaya rokok yang mempengaruhi gejala merokok di kalangan pelajar.
Kepentingan kajian:
Hasil dapatan dari
kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak
seperti pelajar, guru, ibubapa dan
masyarakat. Antara kepentingan kajian ialah:-
1. Memberi kesedaran
terhadap individu terutamanya golongan pelajar terhadap
bahaya rokok. Ini penting agar pelajar dapat
menghindarkan diri mereka dari
dibelenggu
masalah merokok seterusnya mampu mencapai matlamat ke arah Negara Bebas Dadah
Menjelang Tahun 2015.
2. Memberi dorongan kepada
murid untuk memilih rakan yang baik dalam usaha untuk
menghindari diri dari terus terjebak dalam
masalah merokok dan seterusnya menjadi perokok
berulang atau tegar.
3. Membolehkan ibu bapa
sedar terhadap peranan dan tanggungjawab mereka dalam
mendidik anak-anak mereka di rumah.
4. Memberi kesedaran kepada
guru untuk bersama-sama membantu
mencegah gejala merokok di kalangan pelajar khususnya.
5. Memberi kesedaran kepada
keluarga, anggota masyarakat dan komuniti sekolah
tentang usaha sama bagi
mewujudkan langkah pencegahan untuk memerangi gejala merokok yang wujud di
kalangan pelajar.
Rekabentuk Kajian
Dalam kajian ini,
penyelidik menggunakan rekabentuk kajian berbentuk deskriptif.
Kajian berbentuk deskriptif ini
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan set
soal selidik. Deskriptif merujuk kepada
kaedah statistik untuk menerangkan ciri-ciri satu
kumpulan sampel. Soal selidik lebih
praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah
kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan
pendapat sendiri untuk menjawab setiap item yang dikemukakan.
Selain daripada untuk mendapatkan
banyak maklumat dalam masa yang singkat, Proses ini juga dapat memastikan mutu
data yang diperolehi terkawal serta data tersebut mudah diproses dengan bantuan
komputer. Rekabentuk ini sesuai digunakan kerana ia dapat menerangkan fenomena
yang sedang berlaku.
Fokus Kajian:
Kajian ini berfokus kepada meningkatkan tahap disiplin
murid-murid dalam aktiviti harian mereka di sekolah. Ini dapat dilihat apabila
murid dapat mengaplikasikan disiplin seterusnya dapat membantu melahirkan
murid-murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan pelajaran. Berdasarkan
pemerhatian kami, antara faktor yang mempengaruhi murid-murid terhadap tingkah
laku terlibat dalam gejalan merokok adalah:
i) pengaruh rakan sebaya
ii)pengaruh dari rumah
iii)sikap ingin mencuba
i) pengaruh rakan sebaya
ii)pengaruh dari rumah
iii)sikap ingin mencuba
Perlaksanaan
Kajian:
1- Tinjauan Masalah
Tinjauan Masalah dibuat berdasarkan pemerhatian kes-kes yang telah berlaku dan wawancara dengan guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling terhadap murid Tahun Satu hingga Tahun Enam yang terlibat dengan gejala merokok di sekolah.
2-Pemerhatian Kes
Pemerhatian kes telah dibuat pada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam setelah mendapat kes yang telah dilaporkan kepada guru disiplin tentang murid yang terlibat dengan gejala merokok. Setelah guru disiplin membuat soal selidik terhadap murid-murid, terdapat empat belas orang murid terlibat dengan gejala merokok.
1- Tinjauan Masalah
Tinjauan Masalah dibuat berdasarkan pemerhatian kes-kes yang telah berlaku dan wawancara dengan guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling terhadap murid Tahun Satu hingga Tahun Enam yang terlibat dengan gejala merokok di sekolah.
2-Pemerhatian Kes
Pemerhatian kes telah dibuat pada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam setelah mendapat kes yang telah dilaporkan kepada guru disiplin tentang murid yang terlibat dengan gejala merokok. Setelah guru disiplin membuat soal selidik terhadap murid-murid, terdapat empat belas orang murid terlibat dengan gejala merokok.
Kesalahan/Masalah
|
Menyimpan Rokok
|
Menghisap Rokok
|
Tahun 1
|
-
|
-
|
Tahun 2
|
-
|
-
|
Tahun 3
|
-
|
3
|
Tahun 4
|
1
|
2
|
Tahun 5
|
5
|
6
|
Tahun 6
|
2
|
3
|
GRAF ANALISA BILANGAN MURID YANG TERLIBAT
DENGAN GEJALA MEROKOK
TAHUN 2015
Tindakan yang dijalankan:
Sebelum murid mengikuti kaedah "NaBimKaun" , kami telah membuat soal selidik terhadap murid-murid yang terlibat dengan gejala merokok.
Sebelum murid mengikuti kaedah "NaBimKaun" , kami telah membuat soal selidik terhadap murid-murid yang terlibat dengan gejala merokok.
BAHAGIAN
B: SOAL SELIDIK BERKAITAN TAJUK
ARAHAN
: Sila tandakan ( / ) pada pilihan jawapan anda
1= Sangat Setuju 2= Setuju 3=
Tidak Setuju
Bil
|
1
|
2
|
3
|
|
1
|
Saya mula merokok pada usia 9 tahun
|
|||
2
|
Bapa dan abang saya merokok dihadapan saya
|
|||
3
|
Kawan saya yang mula-mula mengajak saya untuk merokok
|
|||
4
|
Saya merokok dengan kerelaan diri saya sendiri
|
|||
5
|
Saya merokok 5 batang sehari
|
|||
6
|
Ibu bapa saya tidak mengetahui saya merokok
|
|||
7
|
Saya membelanjakan wang sekolah saya untuk membeli rokok
|
|||
8
|
Saya berasa tenang apabila merokok
|
|||
9
|
Saya tidak berasa malu apabila merokok dihadapan rakan saya
|
|||
10
|
Ibu bapa saya tidak marah apabila mengetahui saya merokok
|
Kaedah ini
perlu dijalankan melalui beberapa proses antaranya ialah:
- Proses yang pertama
Na-(nasihat), guru disiplin memainkan peranan dalam proses yang
pertama iaitu dengan memberikan nasihat kepada murid yang terlibat dengan
gejala merokok.
- Proses yang keduan Bim-(bimbingan),
guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang kedua
iaitu dengan memberikan bimbingan kepada murid yang terlibat dengan gejala
merokok.
- Proses yang ketiga Kaun-(kaunseling), guru bimbingan
dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang ketiga iaitu dengan
memberikan kaunseling kepada murid yang terlibat dengan gejala merokok.
Selepas
murid tersebut melalui proses kaedah "NaBimKaun", murid
tersebut menunjukkan perkembangan yang positif. Proses penyelesaian kajian
tindakan ini, kami telah mengambil masa selama ttiga minggu untuk
menyelesaikan. Murid diberi bimbingan kaedah "NaBimKaun" selama
30 minit setiap kali pertemuan dengan guru disiplin dan guru bimbingan
kaunseling. Berdasarkan pemerhatian, kami percaya kaedah ini mampu membantu
murid-murid membentuk disiplin yang berfokuskan kepada pengurangan tahap gejala
merokok di sekolah.
HASIL
DAPATAN DARIPADA KAJIAN YANG DIJALANKAN TERHADAP GEJALA MEROKOK DIKALANGAN
MURID SEKOLAH RENDAH
1.
Seramai 14 orang murid lelaki yang pernah
merokok.
2.
Kebanyakan murid yang merokok adalah murid tahap
2 yang sedang meningkat remaja.
3.
Antara faktor yang telah dikenal pasti
menyebabkan berlakunya masalah ini ialah:
1)
Kurang didikan agama didalam diri murid-murid
yang terlibat.
2)
Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa.
3)
Mengalami masalah rumahtangga iaitu ibu bapa
yang tidak mengambil berat tentang diri dan pelajaran mereka.
4)
Terpengaruh dengan ajakan dari rakan sebaya.
5)
Sifat ingin mencuba.
6)
Sifat ingin tahu yang meluap-luap didalam diri
murid-murid.
7)
Tidak memikirkan kesan dan akibat buruk dari
perbuatan mereka.
8)
Sikap sebahagian bapa yang merokok dihadapan
anak-anak mereka.
9)
Semua pihak ( guru, ibu bapa, masyarakat dan
komuniti setempat ) perlu bekerjasama dalam membanteras dan menangani masalah
yang berlaku ini bagi menjamin kesejahteraan anak murid kita.
5)
Murid-murid pada masa kini semakin mencabar dengan kecanggihan dunia siber yang
tiada
sempadan.
Tanggungjawab kitalah yang mencorakkan mereka untuk menjadi anak-anak yang
soleh dan solehah, yang berketrampilan dan mepunyai keyakinan yang tinggi bagi
memimpin Malaysia dimasa akan datang.
Rumusan
Gejala
merokok dikalangan murid sekolah rendah merupakan satu isu yang perlu ditangani
dengan segera. Murid sekolah rendah merupakan
generasi yang akan memimpin dan menentukan halatuju Malaysia. Merekalah
yang akan menentukan turun naiknya Malaysia diperingkat yang lebih tinggi.
Sekiranya semua pihak tidak menitikberatkan perkara ini, dibimbangi ianya akan
mencalarkan imej dan nama baik Malaysia pada masa akan datang. Marilah kita
bersama-sama membanteras gejala merokok ini bermula dari peringkat bawahan lagi
demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian nama Malaysia dimata dunia.
Disediakan
Oleh: Disediakan oleh:
……………….. ……………….
(Abd
Aziz Bin Nor) (Mudzaffarah
Bt Mohamed Dali)
Disahkan oleh:
………………
(Hjh
Zaharah Bt Md Top)
Guru Besar
Sk Seri Jong Muar
23 Julai 2015
No comments:
Post a Comment